DELL AREA 51 R2
DELL ALIENWARE

Dell Malaysia melancarkan laptop game Alienware yang didatangkan dengan tiga varian iaitu 13, 15 dan 17 di samping desktop unik Area 51 untuk kemudahan kaki game yang canggih serta moden.

Alienware 13 sesuai untuk kaki game tegar yang menggunakan mesin setiap hari manakala Alienware dibezakan dengan bahan rekaan gentian karbon yang premium dan tahan di samping kemudahan Graphics Amplifier secara pilihan bagi tujuan pengalaman 4K.

Alienware 17 pula mempunyai skrin yang besar dengan prestasi tinggi yang cukup mengagumkan.

Desktop Area 51 dikatakan evolusi PC baru apabila disediakan dengan pemprosesan minimum Intel Core i7 bersama cakera keras 2TB dan dilengkapi grafik NVIDIAÆ GeForceÆ GTX 770.

Rekaan Area 51 berbentuk segi tiga dengan membenarkan aliran angin lebih lancar bersama kipas khas bagi memastikan CPU tidak terlalu panas ketika bermain game pada tempoh yang lama.

Semua produk ini akan berada di pasaran Malaysia bermula Mac ini.

INFO

DELL ALIENWARE

Harga: RM4,399, RM4,999, RM6,299

Saiz skrin: 13”, 15.6”, 17.3”

Pemprosesan: Intel i5 generasi ke-4, Intel i7 (17.3”)

OS: Windows 8.1

Memori: 8GB

Cakera keras: 1TB

Grafik: NVIDIA GeForce GTX 860M 2GB GDDR5, GTX 970M 3GB GDDR5 (17.3”)

Bateri: 4 sel, 8 sel (17.3”)

Kamera: 2MP

Berat: 2.058kg, 3.207kg, 3,780kg

DELL AREA 51 R2

Harga: RM9,999

Pemprosesan: Intel CoreT i7-5930K (6-cores, 15MB Cache, Overclocked up to 3.9 GHz w/Turbo Boost)

OS: Windows 8.1 (64bit)

Memori: 16GB (4X4GB) DDR4 2133MHz SDRAM

Cakera keras: 128GB SSD + 2TB 7200RPM SATA 6GB/s

Slot memori: 4x 288-Pin DDR4 UDIMM

Berat: 28kg

Jenis rekaan: Bentuk menara

Papan induk: ATX Motherboard

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 11:16 AM