Meskipun sudah lama diperkenalkan, masih ada yang tidak mengetahui mengenai kewujudan aplikasi MyDistress yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor yang mampu mengurangkan jenayah menerusi telefon pintar.

Malah, ia juga bertindak sebagai aplikasi pembantu sekiranya berlaku kejadian tidak diingini walaupun sehingga kini hanya beroperasi di Selangor.

Ia membolehkan orang ramai menghantar isyarat kecemasan dengan hanya menekan butang ikon pada telefon pintar.

Isyarat diterima terus dihantar ke Bilik Gerakan di Ibu Pejabat Polis Selangor. MyDistres juga dilengkapi sistem pengesanan global (GPS).

Pengguna aplikasi MyDistress boleh memindah naik suara dan gambar lokasi kejadian termasuk memasukkan nombor pendaftaran bas dan teksi yang dinaiki mereka untuk direkodkan dalam data polis.

Ia sekali gus membolehkan PDRM bertindak lebih pantas dan tepat jika berlaku sesuatu ke atas pengguna aplikasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 11:09 AM