Seoul: Mahkamah Agung Korea Selatan semalam membenarkan seseorang yang berusia bawah 19 tahun menyaman ibu bapa masing-masing jika berasa mereka menjadi mangsa keganasan domestik.

Menurut pegawai perundangan, langkah itu diharap dapat membantu menjamin hak kanak-kanak dan remaja untuk mendapat penjagaan kebajikan.

Jika berasa menjadi mangsa, seseorang remaja boleh meminta mahkamah menggantung hak ibu bapa mereka.

“Sebelum ini, kelonggaran hanya diberikan untuk memfailkan tindakan undang-undang melalui peguam ataupun menunggu sehingga 19 tahun sebelum boleh mengambil tindakan,” katanya.

Keputusan itu diambil kerana kebanyakan kanak-kanak menjadi ‘cagaran’ dalam pertikaian pasangan suami isteri.

Katanya, jika kes itu dibawa ke mahkamah, hakim mesti mendapatkan keterangan daripada mangsa.

“Ia berbeza dengan peruntukan semasa yang tidak mewajibkan remaja berusia 13 tahun memberi keterangan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:15 AM