Lee Honey kini sibuk dengan penggambaran iklan komersial berkaitan makanan sihat yang dapat mengurangkan berat badan. Dalam temu bual berkaitan iklan itu, dia mengakui berat badannya mudah naik.

Katanya, dia pelik dengan orang lain kerana makan banyak tetapi berat badan masih sama berbeza dengannya.

"Apabila saya tidak mengawal pemakanan, pasti dalam masa seminggu saja berat badan akan naik mendadak tetapi susah hendak turun. Saya terpaksa menjalani rejim diet untuk menurunkan berat badan.

"Saya juga tidak dapat menikmati semua jenis makanan kerana bimbang berat badan akan naik. Sekarang saya langsung tidak makan nasi, cuma mengambil makanan rendah kalori.

"Menu saya setiap hari adalah salad, tauhu, rumpai laut dan buah delima. Saya tidak mahu bersusah-payah turunkan berat badan. Biarlah saya kawal pemakanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:01 AM