HAMPIR lima tahun dalam bidang seni, Syazwan selesa dengan momentum kariernya.
Oleh Georgie Joseph.

georgie@hmetro.com.my.

Dilabel sebagai 'budak jahat' pastinya kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Ia mungkin boleh memberi kesan baik dari sudut mental dan juga motivasi bagi seseorang itu.

Itulah yang dialami pelakon Syazwan Zulkifli, 28, yang tampak melekat dengan imej sedemikian.

Raut wajah 'ganas' dan 'jahat' juga mungkin antara penyebab dia kerap ditawarkan watak jahat atau antagonis.

Mula meraih perhatian sejak menggalas watak Apek dalam siri popular Juvana pada 2011, nama Syazwan begitu sebati dengan watak berkenaan.

Terbaru, menerusi drama popular Istikharah Cinta di slot Akasia TV3, namanya jadi 'panas' apabila berjaya menimbulkan kebencian penonton terhadap wataknya sebagai Hanafis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 5:02 AM