POLISsedang giat melakukan pemeriksaan di dalam premis.
SUSPEK dipercayai memecahkan cermin rak pameran menggunakan tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas.
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my


Seremban: Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol, tukul besi serta kapak merompak kedai emas di pekan Senawang, dekat sini, 2.20 petang tadi.

Suspek yang berpakaian serba hitam itu menggunakan dua motosikal dan melepaskan satu das tembakan di luar kedai emas itu sebagai amaran sebelum tiga lelaki bersenjatakan tukul besi menyerbu masuk ke dalam kedai manakala seorang menunggu di luar premis.

Menurut sumber, tiga lelaki terbabit dipercayai memecahkan cermin rak pameran menggunakan tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas ke dalam beg galas.

Katanya, sebaik mendapat barang kemas, keempat-empat lelaki terbabit terus melarikan dan sempat melepaskan satu tembakan ke arah kedai.

Ketika ini, pihak polis sedang giat melakukan pemeriksaan di dalam premis dan jumlah kerugian belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 4:56 PM