FOTO Arkib NSTP
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my


Selayang: Bekas vokalis kumpulan Exist Ezad Lazim mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 10 Februari untuk menjatuhkan hukuman.

Ezad didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira 1.30 petang, 19 November 2014.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan rotan jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 2:37 PM