KEMPEN Momazing papar detik paling indah ibu bapa dan anak mereka.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Scott’s, jenama di bawah GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK CH), baru-baru ini melancarkan kempen Momazing bagi mengiktiraf dan meraikan ibu serta detik istimewa yang mereka alami sebagai ibu.

Menerusi kempen ini, semua ibu dijemput berkongsi pengalaman Momazing mereka supaya dapat dibuat paparan unik mengenai saat keibubapaan yang hebat di Malaysia.

Pengarah Pemasaran GSK CH, Katherine Chen berkata, ibu memainkan peranan terpenting dalam kehidupan anak mereka khususnya dari segi kesihatan dan perkembangan.

“Melalui kempen ini, kami berhasrat membalas jasa ibu dengan cara meraikan mereka dan saat Momazing ketika mereka membina asas kukuh untuk membantu anak-anak ber­kembang dan hidup sihat. Lagi pun, apa yang ibu lakukan setiap detik dan saat saban hari untuk anak mereka memang menakjubkan.

“Perkataan Momazing bermaksud perasaan me­ngetahui bahawa segala-galanya yang dilakukan ibu adalah tepat. Contohnya, melihat anak menulis nama mereka buat pertama kali, pandai menunggang basikal atau mengambil bahagian dalam persembahan drama sekolah.

“Saat istimewa seperti ini yang menandakan mercu perkembangan anak mencetuskan rasa pencapaian yang tidak terhingga bahawa apa yang dilakukan mereka adalah tepat manakala segala pertolongan, tunjuk ajar dan galakan mereka amat berbaloi,” katanya pada Maj­lis Pelancaran Scott’s Momazing di Kidzania.

Scott’s memperakui, di tengah-tengah rutin keibubapaan yang cukup mencabar, saat Momazing seperti ini akan sentiasa menonjol dan luar biasa. Biarpun saat Momazing tidak berlaku setiap hari, namun saat itu menjadikan setiap hari itu begitu penting.

Justeru, satu panel pakar akan meneliti penyertaan dalam pencapaian ‘Top 10 Most Momazing Moments.’ Panel berkenaan dipilih berdasarkan pengalaman harian mereka bekerja dengan ibu dan mereka sendiri selaku ibu, akan menjelaskan mengapa saat yang terpilih itu begitu Momazing sambil berkongsi petua dan panduan bagaimana ibu boleh terus berusaha membantu anak mereka berkembang.

Untuk menyertai paparan unik mengenai keibuan dan peluang memenangi hadiah menarik, semua ibu dijemput berkongsi saat mereka yang paling Momazing menerusi foto atau video melalui Twitter, Instagram atau Facebook dengan hashtag #Momazing dan #ScottsMY disertai huraian atau keterangan pendek untuk menceritakan saat Momazing mereka.

Pencarian pengalaman Momazing terbaik itu berlangsung selama sebulan bermula 1 Februari hingga 28 Februari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 9:13 AM