Fidel Castro

Havana: Cuba semalam menyebarkan gambar menunjukkan bekas pemimpinnya Fidel Castro buat kali pertama dalam enam bulan bagi membuktikan dia masih hidup.

Gambar menunjukkan Castro, 88, bersama isterinya Dalia ketika menemui ketua persatuan pelajar.

Desas-desus mengenai keadaan kesihatan Castro semakin tersebar selepas adiknya, Presiden Raul Castro dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, membayangkan dua negara itu akan memperbaiki hubungan dingin mereka.

Castro mendiamkan diri selepas pengumuman itu sebelum memberi komen yang seolah-olah 'terpaksa' menyokong usaha adiknya itu.

Kali terakhir Castro dilihat umum pada 8 Januari tahun lalu ketika menghadiri pelancaran galeri seni berhampiran rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 5:47 AM