MANGSA yang dibunuh teman lelakinya. FOTO Mohd Hairi Azmi Tham
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Taiping: Suspek kes bunuh seorang siswi yang dikelar dan ditikam di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari, bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira 10.45 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsa, Norsyuhada Johari, 20 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 1:02 PM