Beijing: Dua beranak menjalani hukuman mati kerana membelasah mati seorang wanita di restoran makanan segera McDonald’s selepas gagal merekrutnya menyertai kultus mereka

Zhang Lidong dan anak perempuannya, Fan antara lima anggota kultus Quannengshen yang diharamkan di Jepun yang didapati bersalah menyerang mangsa dikenali sebagai Wu selepas dia enggan menyerahkan nombor telefonnya.

Menurut Mahkamah Rakyat di Yantai berkata di laman webnya: “Hukuman mati terhadap Zhang Fan dan Zhang Lidong dilaksanakan bagi kesalahan bunuh dan menganjurkan kultus yang bertujuan menggugat undang-undang.”

Dua cara dilakukan untuk melaksanakan hukuman mati di China, iaitu suntikan maut atau ditembak, namun kaedah digunakan dalam kes ini tidak dimaklumkan.

Tidak lama selepas kejadian pada Mei lalu itu, rakaman video disebarkan di Internet menunjukkan lelaki dipercayai Zhang memukul sesuatu menggunakan paip besi sambil menjerit “Pergi mati!” manakala seorang wanita didengar berkata “Bunuh dia! Pukul sampai mati!”

Mangsa pula hanya dapat dilihat sekilas saja dalam rakaman telefon bimbit selama tiga minit itu.

Tiga lain yang didapati bersalah bagi kejadian itu termasuk seorang lagi anak Zhang dan dihukum penjara antara tujuh tahun hingga sepanjang hayat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 5:41 AM