Oleh Dr Adilah Ahmat

Saya berusia 19 tahun dan mengalami masalah payudara kendur. Payudara saya mula membesar pada usia 10 tahun dan setahu saya, payudara saya tidak pernah tegang dan pejal sejak dulu.

Untuk pengetahuan ­doktor, payudara saya agak besar. Saya berasa sangat kecewa sebab tidak dapat memakai baju dalam yang sesuai untuk orang muda dan sukar ­mencari baju dalam yang dapat memberi kesan seperti payudara saya terang­kat.

Saya juga terpaksa memakai baju yang longgar agar payudara saya tidak ketara.

Apakah punca masalah kekenduran payudara pada usia yang muda? Bagaimana cara untuk mendapatkan payudara yang tegang dan pejal tanpa pembedahan?

Evarus,

Kuala Lumpur

Apakah berat badan dan ketinggian anda? Adakah anda mengalami perubahan berat badan contohnya penurunan berat badan yang ketara?

Payudara menjadi lebih pejal sekitar tujuh hingga 10 hari sebelum haid. Ini disebabkan kesan hormon yang juga mengatur perjalanan haid. Pengambilan pil atau krim yang me­ngandungi hormon yang sama boleh memejalkan payudara anda tetapi ia juga mengundang kesan sampingan jangka panjang yang bahaya terutama jika seseorang menghadapai gangguan ovulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 7:22 AM