KHIU (tengah) bersama pegawai dan anggotanya menunjukkan rokok pelbagai jenama yang dirampas. FOTO ihsan Polis Marin
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Sebanyak 21,920 bungkus rokok dipercayai diseludup bernilai RM218,020.32 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM)dalam serbuan di Pantai Padang Lima, Kuala Sedili Kecil di Kota Tinggi, tengah malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua Johor Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, rampasan itu dibuat hasil Ops Landai pada 12.30 tengah malam.

Menurutnya, operasi khas berkenaan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan terbabit di situ.

"Beberapa lelaki yang cuba mengambil bungkusan rokok terbabit di pesisir pantai berjaya melarikan diri dengan menggunakan pacuan empat roda selepas menyedari kehadiran anggota marin.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 3:31 PM