POKOK tumbang dan menghempap mangsa lelaki berbangsa India. FOTO ihsan Bomba
Oleh Nur Saliawati Salberi
hmetroshahalam@hmetro.com.my


Shah Alam: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok dalam kejadian bersebelahan Pejabat Perhutanan Telok Datok, Banting, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa berusia 54 tahun maut di tempat kejadian selepas sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menimpanya.

Jurucakap bomba berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.44 petang, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik bomba tiba di tempat kejadian mangsa sudah tidak sedarkan diri dan berada di bawah dahan pokok berkenaan.

"Bomba bertindak memotong dahan berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Banting," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 7:55 PM