ANTARA ganja yang dirampas malam tadi.
Oleh Alias Abd Rani

Kuching: Seorang lelaki dan wanita ditahan selepas polis menemui 1.00197 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di rumah di Taman Siol Ria, Jalan Bako, di sini, malam tadi.

Kedua-dua suspek berusia 29 tahun, ditahan pada 12.05 tengah malam tadi, selepas intipan selain maklumat awam diterima sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif ganja.

"Kedua-dua suspek direman bermula hari ini sehingga 5 Februari depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mensabitkan hukuman gantung mandatori," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 3:18 PM