YUNOS menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media.
DADAH Jenis Syabu dan Eramin yang dirampas.
Erdiehazzuan Ab Wahid

Foto : Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas 9.1 kilogram (kg)dadah jenis syabu bernilai RM1.7 juta di Lapangan Terbang Sandakan, awal bulan ini.

Selain itu, JKDM Sabah turut berjaya merampas dadah jenis Eramin 5 sebanyak 190 gram yang bernilai RM12,000.

Timbalan Pengarah JKDM Sabah (Bahagian Penguatkuasaan), Yunos Tahir berkata, rampasan dadah jenis syabu yang pertama dikesan di Lapangan Terbang Sandakan yang dikirim melalui kurier dari Johor ke Lahad Datu melalui Sandakan seberat 4228.2 gram yang dianggarkan bernilai RM760,000.

Katanya, rampasan syabu kedua turut dikesan ditempat sama yang dimasukkan ke dalam kotak dengan berat 4930.6 gram dan bernilai RM950,000.

"Selain itu, JKDM turut merampas dadah jenis Eramin 5 yang bernilai RM12,000 dan semua kiriman ini tidak dituntut,"katanya dalam sidang media, hari ini.

Katanya, ketiga-tiga kes ini di siasat dibawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 12:58 PM