JENTOLAK digunakan untuk membersihkan zink bertebangan atas jalan manakala foto kedua pula memaparkan bumbung IPD Limbang yang rosak teruk.
Oleh Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Limbang: Sebahagian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang serta bangunan kerajaan sekitarnya rosak teruk dalam kejadian ribut beserta hujan lebat, 3.30 petang ini.

Kejadian mengakibat beberapa zink terutama di beberapa premis tengah bandar ini bertebangan atas jalan sehingga ada yang melayang sejauh 40 meter.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata beberapa bangunan termasuk IPD Limbang mengalami kerosakan teruk akibat bumbung tercabut.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan IPD Limbang dimasuki air namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Sebaik angin dan hujan reda pada 4.30 petang, anggota polis dikerahkan membantu mengalihkan objek termasuk zink yang bertaburan atas jalan. Kami menerima berita ada antara orang ramai melarikan diri mencari tempat berlindung termasuk dalam bangunan berdekatan dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Sarawak mengingatkan orang ramai berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu di beberapa kawasan. http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1309&Ite...

Ramalan cuaca di seluruh Sarawak

Ahad, 19/10/2014

Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai

Petang: Ribut petir di satu dua tempat

Malam: Hujan di satu dua tempat

Isnin, 20/10/2014

Pagi: Tiada Hujan

Petang: Ribut petir di satu dua tempat

Malam: Hujan di satu dua tempat

Selasa, 21/10/2014

Pagi: Hujan di satu dua tempat

Petang: Ribut petir di satu dua tempat

Malam: Hujan di satu dua tempat

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 7:14 PM