Selat Karimata: Badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sempat terangkat tujuh meter dari permukaan laut diikuti pelbagai objek milik penumpang sebelum kembali tenggelam ke dasar laut.

Menurut laporan detik.com, antara barang milik penumpang yang timbul dipermukaan laut adalah beg galas berwarna oren mengandungi biskut, susu kotak, sikat, dan roller rambut serta telefon bimbit jenis iPhone, lengkap dengan fon telinga.

Selain itu, ada juga serpihan bahagian pesawat seperti ‘bearing’ kerusi penumpang, meja dan penutup kabin bagasi.

Semua barang yang ditemui dikutip anggota Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) dan dipindahkan ke KRI Banda Aceh.

Difahamkan, proses mengangkat fiuslaj pesawat bermula sejak jam 6 pagi adi dan giat dijalankan hingga petang ini.

Fiuslaj dikatakan sempat terangkat sekitar jam 10.31 pagi (waktu tempatan) sebelum tenggelam semula setengah jam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 6:40 PM