Pangkalan Bun: Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), SB Supriyadi mengesahkan kedudukan rangka utama dan kokpit pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terpisah di dua lokasi berasingan.

Katanya, jarak antara kedua-dua objek itu dianggarkan kira-kira 500 meter di dasar Selat Karimata.

“Sehingga ini, kita fokus kepada usaha mengangkat badan pesawat dan memindahkan mayat yang terperangkap.

“Soal mengangkat kokpit dari dasar laut masih tidak dapat dipastikan. Kemungkinan besar juruterbang dan pembantunya masih ada di situ.

“Pasukan penyelam tetap akan turun melihat isi kokpit dan membawa naik mayat juruterbang dan pembantunya jika ditemui,” katanya. - detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 6:38 PM