Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Shah Alam: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pengedar kenderaan Nissan di Malaysia melancarkan model terbaru Nissan X-Trail, sebentar tadi.

Nissan X-Trail generasi ketiga itu ditawarkan dua varian enjin menerusi 2.0 liter 2WD dan 2.5 liter 4WD.

Bagi enjin 2.0 liter, ia menyalurkan kuasa maksimum 144 PS, manakala 171 PS untuk 2.5 liter.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang mempunyai tujuh tempat duduk itu ditawarkan dengan lima pilihan warna membabitkan perak, titanium olive, hitam, biru dan putih.

Harga bagi Nissan X-Trail 2.0 liter 2WD dan 2.5 liter 4WD masing-masing dijual pada RM142,800 serta RM165,800.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 12:00 PM