Berlin: Mahkamah di Dusseldorf mempertahankan hak lelaki untuk kencing berdiri selepas menolak usaha seorang tuan rumah menyimpan wang pendahuluan penyewanya berjumlah 3,000 Euro (RM13,000) kerana didakwa merosakkan lantai marmar bilik airnya dengan air kencing.

Hakim Stefan Hank berkata, lelaki yang memilih untuk kencing berdiri mungkin perlu berdepan hakikat bertengkar dengan teman serumah terutama wanita.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan dari segi kewangan.

“Walaupun semakin ramai lelaki memilih posisi duduk, perbuatan kencing berdiri masih satu norma,” katanya.

Debat sama ada lelaki perlu duduk atau berdiri ketika membuang air kecil bukan sekadar gurauan di Jerman. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:10 AM