Jakarta: Menteri Perekonomian Indonesia, Sofyan Djalil berkata, Susi Pudjiastuti adalah anggota Kabinet Kerja Presiden Jokowi paling popular di kalangan rakyat.

“Semua orang mahu mengambil gambar bersama dia, mahu selfie dengan dia.

“Selain itu, Susi membuktikan bahawa sektor kelautan selama ini kurang diberi perhatian sehingga ratusan trilion tan ikan kita ditangkap setiap tahun sedangkan pendapatan daripada sektor itu tidak memadai,” katanya.

Cuma tamat pendidikan sekolah menengah, Susi diberi portfolio Menteri Kelautan dan Perikanan oleh Jokowi tahun lalu.

Dia dikenali sebagai tokoh yang tegas dan kelihatan kurang feminin.

Selama ini kegiatan penangkapan ikan haram sering didiamkan kerajaan.

Selepas Susi dilantik,nelayan haram kian takut menjalankan aktiviti di perairan Indonesia.

“Susi berjaya menciptakan aauww effect (efek jera),” katanya - merujuk kepada kesan serik di kalangan nelayan haram. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 4:50 AM