SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengecas kereta elektrik selepas melancarkan kereta elektrik untuk disampaikan kepada pihak IRDA. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli merasmikan penggunaan kereta elektrik oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Pusat Informasi Iskandar Malaysia di Danga Bay di sini, sebentar tadi.

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, penggunaan kereta elektrik oleh IRDA buat kali pertama menjadi usaha membangunkan kawasan Iskandar Malaysia sebagai bandar raya metropolis hijau yang mapan.

Beliau berkata, IRDA juga bercadang untuk meningkat bilangan penggunaan kenderaan elektrik pada masa depan.

"Kami menerima dua unit kereta elektrik daripada CMS Consortium Sdn Bhd (Comos) di bawah pakej sewaan.

"Penggunaan kereta berkenaan sudah diperkenalkan di beberapa kawasan tumpuan pelancong asing di seluruh negara dan inisiatif sama dijalankan oleh IRDA," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 12:39 PM