Jakarta : Pasukan penyelam Tentera Indonesia kembali ke lokasi penemuan bangkai utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini selepas cuaca pada hari ini lebih baik berbanding beberapa hari sebelum ini.

"Keadaan cuaca pada hari ini lebih baik dan hujan lebat juga sudah mula berkurang," kata Ketua Stesen Meteorologi, Lukman Soleh.

Menurutnya, pasukan penyelam dapat menggunakan kesempatan cuaca baik ini untuk melakukan pencarian dari pagi hingga ke petang.

Bagaimanapun, katanya, wujud kemungkinan hujan di kawasan utara dan timur lokasi penemuan badan pesawat.

"Ombak pula antara 1.5 hingga tiga meter, angin dari arah barat laut masih bertiup kencang antara 10 hingga 20 knot,” katanya.

Menurutnya, ada arus bawah laut di sekitar lokasi dan pasukan penyelam perlu berjaga - jaga ketika melakukan penyelaman. - kompas.com

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 12:06 PM