Pangkalan Bun: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 hari ini mengganti penyelam bagi menjaga stamina anggota ketika proses pemindahan mayat.

Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) SB Supriyadi berkata, 12 penyelam dari Indonesian Divers datang hari ini bagi menggantikan anggota terdahulu.

“Pertukaran ini dibuat memandangkan penyelam sebelumnya sudah lama di lautan. Kita harap stamina mereka terjamin,” katanya.

Jelas Supriyadi, ombak kuat dan arus dasar laut yang deras menjadi faktor utama, mengapa penggantian penyelam perlu dibuat.

“Terdahulu, seramai 18 anggota Indonesian Divers terbabit dalam operasi SAR dan pagi ini mereka diganti 12 ahli baru.

“Pasukan ini bertanggungjawab membuat pengiraan dan mencari penjelasan berhubung keadaan badan pesawat sebelum proses pemindahan dijalankan,” katanya. - detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 4:29 PM