Kuala Lumpur: Kerajaan akan melaksanakan pelbagai program melalui Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dalam usaha menempatkan kerajaan tempatan yang mesra alam serta pembangunan dan pengurusan berlandaskan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu turut bertindak mewujudkan persekitaran yang mapan bagi mengurangkan kesan bencana alam dan kemusnahan alam sekitar.

Katanya, hasrat kerajaan melalui strategi yang digubal adalah untuk mencapai teras pembangunan bagi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, terdapat juga sasaran dalam RMK-10 yang belum dicapai berikutan keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakannya amat terbatas disebabkan kekurangan tenaga atau peruntukan.

“Dalam tempoh RMK-11, isu ini akan dikaji dan diperincikan terutamanya demi memperkasakan mutu penyampaian yang berkesan,” katanya pada majlis makan malam bersempena Sambutan Jubli Emas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), di sini, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 10:48 PM
Skip this ad x