Oleh Ustaz Haslin Baharin

Saya bekerja sebagai pengurus majlis dan terpaksa memenuhi kehendak majikan serta pelanggan. Saya kerap diundang menguruskan majlis yang menyajikan hidangan arak. Apakah hukumnya pendapatan yang saya terima?

ADI

Kuala Lumpur

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran sepertimana firman-Nya yang bermaksud: "Bukankah bumi Allah itu luas? Sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?" (Surah an-Nisa, ayat 97)

"Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak." (Surah an-Nisa, ayat 100). Mungkin saudara boleh meminta pengecualian untuk menguruskan hal demikian.

Cuba asingkan supaya pendapatan dan bayaran yang diterima bukan daripada perkhidmatan haram. Jika tiada jalan lain, sebaik-baiknya jauhilah pekerjaan yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Seharusnya khuatir dengan persoalan yang bakal ditanya oleh Allah SWT kepada mereka yang melanggar hukum Allah SWT.

Semoga diberikan kekuatan dan petunjuk daripada Allah SWT.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 2:19 AM