Oleh Azma Razana Johari
am@hmeyro.com.my


Bukit Mertajam: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup arak bernilai RM537,768 yang dibawa masuk melalui Pelabuhan Kontena Butterworth Utara ( NBCT), dekat sini, 3 Januari lalu.

Pengarah JKDM negeri Datuk Zulkifli Yahya berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab membawa masuk arak berkenaan.

Menurutnya, cubaan seludup arak melalui empat kontena itu membabitkan cukai sebanyak RM1.7 juta.

"Arak berkenaan dihantar ke negeri ini dari China dan ketika ikrar barangan didaftarkan sebagai batu-bata.

"Lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 (Semakan 1980),"katanya.10

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 12:47 PM