Pangkalan Bun : Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) sudah mengesan bahagian kokpit pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terbenam di dasar laut kira-kira 500 meter dari lokasi badan utama pesawat ditemui, pagi tadi.

Pengarah operasinya SB Supriyadi berkata, serpihan dipercayai kokpit itu dikesan melalui imbasan sonar dari kapal GeoSurvey.

Pihaknya mengesan objek berkenaan sejak dua hari lalu tetapi sukar dipastikan kerana penyelam belum boleh diturunkan kerana cuaca buruk.

Namun operasi penyelaman untuk mengesan bangkai utama pesawat dan bahagian kokpit itu akan dijalankan sebaik cuaca baik. - Detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 11:49 AM