FAN bergaduh dengan isterinya di luar hospital selepas kemaluannya digunting kali kedua.

Shangqiu: Seorang wanita ditahan selepas didakwa mengerat kemaluan suaminya, bukan sekali, tetapi dua kali, selepas dia mengetahui lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Si suami, Fan Lung, 32, yang juga bapa lima anak, menggunakan telefon isterinya untuk menghantar e-mel kepada wanita simpanannya, Zhang Hung, 21, dari kediamannya di bandar Shangqiu di wilayah Henan.

Fan terlupa memadamkan pesanan itu.

Isterinya, Feng, 30, tidak dapat mengawal kemarahannya apabila membaca teks pesanan ringkas itu, lalu mengambil gunting dan menggunting kemaluan suaminya ketika lelaki itu tidur.

Fan dibawa ke hospital dan doktor berjaya menyambung semula kemaluannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:10 AM