Kuala Lumpur: Setiausaha syarikat Kumpulan AmBank, Koid Phaik Gunn, menerima anugerah Setiausaha Syarikat Asia Terbaik (Malaysia) 2014 dalam satu majlis yang berlangsung di Hong Kong, baru-baru ini.

Beliau menerima anugerah itu daripada Penerbit dan Pengarah Urusan Corporate Governance Asia, Aldrin Monsod pada Disember lalu.

Corporate Governance Asia adalah jurnal serantau khusus dalam tadbir urus korporat dan mengiktiraf syarikat di rantau ini yang meneruskan inisiatif amalan terbaik dalam tadbir urus korporat.

“Peranan setiausaha syarikat digambarkan sebagai penghubung, pemudah cara, penimbang tara, jurulatih dan penasihat kepada lembaga pengarah, pemegang saham syarikat dan pengawal selia syarikat, semuanya digabungkan kepada satu,” kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 5:02 AM