DUA penyiasat berbincang bersebelahan serpihan pesawat di Pelabuhan Palnglima Utar Kumai di Kumai, Indonesia. FOTO EPA

Jakarta: Pasukan penyelam hari ini berjaya mengangkat keluar perakam suara kokpit (CVR) dari serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, lapor stesen televisyen Metro TV yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan.

Kotak hitam itu ditemui berhampiran lokasi ketika penemuan perakam data penerbangan, semalam.

CVR itu kini berada di atas kapal tentera laut Indonesia dan dijangka dihantar ke Jakarta untuk dianalisis.

Pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika cuaca buruk pada 28 Disember 2014, kurang daripada separuh perjalanan membabitkan dua jam dari Surabaya ke Singapura - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 10:48 AM