Tidak perlu mengeluh atau berasa panik dengan permintaan anak yang mahu membawa bekal ke sekolah. Ia bukan masalah besar yang perlu dirisaukan kebanyakan ibu.

Melalui buku ini, pelbagai idea dan resipi menarik boleh dicuba. Pasti masalah boleh diselesaikan dengan buku ini apatah lagi di dalamnya ada juga nasihat dan cara menghasilkan hidangan kreatif untuk menggalakkan anak menikmati hidangan tanpa melupakan sayur serta buah.

Lebih 40 resipi yang dikongsi Chef Azian boleh dijadikan panduan bagi memenuhi permintaan si kecil membawa bekal. Ia bukan saja mudah malah menjimatkan kos perbelanjaan si kecil apabila ke sekolah dan hidangan dinikmati diyakini lebih bersih serta selamat dimakan.

INFO:

Tajuk: Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Penulis: Chef Azian

Harga: RM15

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 5:00 AM