RONALDO bersama trofi FIFA Ballon D'or World Player of the Year 2014, Kongresshaus, Zurich, Switzerland. FOTO EPA

Zurich: Cristiano Ronaldo meraih anugerah FIFA Ballon d’Or buat tahun kedua berturut dan kali ketiga keseluruhan, awal pagi ini.

Penyerang Portugal berusia 29 tahun itu meraih 37.66 peratus daripada undian yang dijalankan dan mengatasi Lionel Messi, yang mendapat 15.76 peratus.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memilih saya. 2014 adalah tahun yang begitu banyak meninggalkan memori manis buat saya.

“Saya ingin meneruskan usaha ini. Saya hendak memperbaikinya untuk menjadi yang terbaik setiap tahun.

“Saya tidak sangka dapat membawa balik trofi ini dalam tiga majlis yang diadakan. Saya mahu menjadi pemain terbaik dunia sepanjang zaman,’ katanya.

Penjaga gol Bayern Munich dan Jerman, Manuel Neuer, berada di tangga ketiga dengan 15.72 peratus pada majlis anjuran FIFA dan majalah France Football.

Mereka dipilih di kalangan ketua pasukan dan jurulatih kebangsaan bersama setiap wartawan daripada negara yang terpilih.

FIFA BALLON D'OR WINNER: Cristiano Ronaldo

FIFA WOMEN'S WORLD PLAYER OF THE YEAR: Nadine Kessler

FIFA PUSKAS AWARD: James Rodriguez

FIFA WORLD COACH OF THE YEAR FOR MEN'S FOOTBALL: Joachim Low

FIFA WORLD COACH OF THE YEAR FOR WOMEN'S FOOTBALL: Ralf Kellermann

WORLD XI: Neuer; Lahm, Ramos, David Luiz, Thiago Silva; Di Maria, Iniesta, Kroos; Messi, Ronaldo, Robben

FIFA PRESIDENTIAL AWARD: Hiroshi Kagawa

FIFA FAIR PLAY AWARD: FIFA Volunteers

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 4:57 AM