Ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dinaikkan dari dasar laut pagi tadi. FOTO Tempo.com

Pangkalan Bun: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia bombang dengan kemungkinan kotak hitam tiada sebaik ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diangkat ke permukaan.

Pengarah Operasinya Bambang Soelistyo berkata, kedua-dua kotak hitam iaitu Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR) dipercayai tidak lagi berada di bahagian ekor dan mengandaikan peranti berkenaan terpelanting keluar sebaik terhempas.

“Penyelam tidak menemui (kotak hitam) ketika ekor masih di bawah (dasar laut).

“Sebaik diangkat ke permukaan, tiada isyarat ping dikesan alat underwater located beacon (ULB),” katanya. Tempo.co

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 5:08 PM