Penduduk kampung dan anggota bomba mengangkat mayat. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun
am@hmetro.com.my


Kuala Berang: Penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor lemas ketika mandi di Air Terjun Kampung Belukar Bukit, Kuala Berang, 2 petang hari ini.

Mohd Hakimifirdhaus Abdul Raki, 21, ke kawasan air terjun itu bersama tiga lagi rakannya sebelum lemas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa ke kawasan berkenaan pada 1.30 tengah hari.

Bagaimanapun, mangsa dari Bukit Payung, Marang itu dikatakan terus mandi ketika tiga rakannya naik ke tebing untuk berehat kira-kira 2 petang.

"Mayatnya ditemui 3.40 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat beberapa meter dari lokasinya dia dilaporkan lemas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 8:10 PM