Filem arahan Mamat akan ditayangkan esok. FOTO fail HM
Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengarah popular Mamat Khalid berharap filem terbarunya arahannya Lebuhraya Ke Neraka mampu merangsang minda penonton untuk berfikir mengenai soal hidup dan mati.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan edaran Primeworks Distribution itu mula ditayangkan di seluruh negara esok.

Ia juga adalah filem kerohanian pertama Mamat yang sebelum ini sinonim dengan genre komedi.

Mamat berkata, ideanya menghasilkan filem sedemikian bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada penonton yang menggemari filem-filemnya.

"Lebuhraya Ke Neraka adalah sumbangan saya kepada masyarakat dan agama. Ia diharapkan dapat memberi kesedaran kepada mereka mengenai kehidupan ini," katanya.

Filem lakonan Awie, Shah Jaszle, Miera Liyana, Dazrin Kamarudin, Pekin Ibrahim dan Fatin Syahirah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 7:52 PM