Ronaldo meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AGENSI
AFP

Madrid: Cristiano Ronaldo terbukti pemusnah sebenar Atletico Madrid apabila mencatat hatrik buat Real Madrid menang 3-0 separuh akhir pertama Liga Juara Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, hari ini.

Ronaldo terus melebarkan jurangnya selaku penjaring terbanyak dalam derby Madrid dengan 21 gol.

Pemain Portugal itu meledak gol m-10, 73 dan 86.

Kejayaan mencerahkan peluang Real mempertahankan kejuaraan pada final yang akan berlangsung di Cardiff pada 3 Jun.

Malah, penguasaan Real terhadap Atletico berterusan selepas menyingkirkan kelab itu sejak tiga musim lalu.

"Pasukan ini cemerlang. Saya menjaringkan gol tetapi pasukan ini fenomena dari awal hingga akhir perlawanan," kata Ronaldo.

Dua pasukan terbabit akan bertembung separuh akhir kedua pada 10 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 12:55 PM