MAYAT mangsa dibawa ke hospital. FOTO ihsan APMM
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Alor Gajah: Pelancong Russia meninggal dunia di perairan Kuala Sepang, Selangor, dipercayai akibat serangan jantung ketika pelayaran, hari ini.

Difahamkan, mangsa, Epmak@Ermak, 56, dalam pelayaran dari Pelabuhan Kemboja ke Pelabuhan Phuket, Thailand, mengalami serangan jantung di perairan Kuala Sepang iaitu 17 batu nautika dari pantai Port Dickson, 12.15 tengah hari.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Kuala Linggi (DM5) dalam satu kenyataan berkata, mereka menggerakkan aset Bot Pengawal 49 dengan bantuan aset dari Daerah Maritim 4 Klang iaitu Bot Penggalang 10 ke tempat kejadian bagi misi kecemasan di laut.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas dek kapal layar, bersama seorang lelaki sebagai pembantunya.

"Mangsa kemudian dipindahkan ke bot Ronda APMM dan dibawa ke jeti Jabatan Laut Port Dickson. Setibanya di jeti, mangsa disahkan meinggal dunia oleh pegawai perubatan Port Dickson, dan mayatnya dihantar ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut," menurut APMM dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 8:50 PM