KESAN UMPILAN dibahagian pintu masuk premis menjual emas. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Pemilik kedai emas di Kompleks Segama, di sini, kerugian lebih RM10,000 apabila premis berkenaan dipecah masuk sekitar jam 4 hingga 8 pagi hari ini.

Kejadian disedari pemilik premis berkenaan dikenali sebagai Chin, 30-an, ketika hendak membuka kedainya kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, ketika hendak membuka pintu besi premis, dia terkejut apabila ada kesan diumpil lalu memeriksa dan mendapati sejumlah wang tunai hasil jualan emas di dalam laci kaunter hilang dipercayai dicuri.

"Wang tunai lebih RM10,000 hasil jualan yang saya simpan di dalam laci lesap.

"Saya tidak pasti berapa ramai mereka (pencuri) kerana premis tiada CCTV dan hanya mempunyai sistem penggera bunyi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadin.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daeeah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 12:35 PM