FOTO NSTP
Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my

 

TAWAU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Abdul Manan Jakasa, meninggal dunia di Hospital Tawau di sini, pagi hari ini

Allahyarham, 72, menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak serta ahli keluarga pada jam 6.24 pagi.

Anak lelakinya, Azman, 44, ketika ditemuiberkata, sebelum ini bapanya yang mempunyai penyakit darah tinggi dan angin ahmar dimasukkan ke hospital itu sejak 24 April lalu.

"Selain itu, arwah bapa pada April tahun lalu pernah menerima rawatan akibat komplikasi jantung dan sejak beberapa hari lalu tahap kesihatannya semakin merosot," katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Payung, di sini, selepas Solat Zohor.

Allayarham pernah menjadi ADUN Balung selama dua penggal pada tahun 1990-an.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 11:36 AM