JUDIKA. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Penyanyi popular Indonesia Judika yang baru muncul dengan album keenam, Rabu lalu meluahkan rasa teruja dan bangga apabila lima lagu dalam album berjudul Judika itu ciptaan peminat.

Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang, 39, berkata, dia menerima lebih 400 lagu daripada peminat selepas mengumumkan perkara itu di laman Facebook.

Perkara itu menjadikan Judika penyanyi pertama di Indonesia yang menggunakan pendekatan sedemikian bagi mengumpul material dalam album.

“Saya menamakan projek ini sebagai Judika Project. Ikut perancangan asal pihak Sony Music Indonesia hanya mahukan dua lagu daripada peminat. Namun saya berasakan masih banyak lagu yang bagus dan berkualiti boleh diketengahkan. Jadi kami sepakat memilih lima lagu. Sementara lima lagi lagu daripada komposer profesional.

“Bagi saya ini cara terbaik untuk menghargai jasa peminat yang tak pernah berhenti menyokong kerjaya nyanyian saya dari awal sehingga sekarang. Sekurang-kurangnya album ini mencipta sejarah tersendiri dalam kerjaya saya dan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 5:41 AM