SEDUTAN video menunjukkan Theprit menikam dirinya dengan sebilah pedang tetapi senjata itu tidak patah dan terus menusuk jantungnya. Gambar kanan, anggota paramedik memberi rawatan awal kepada Theprit. FOTO Agensi
Agensi

Chiang Mai: Seorang dukun mati selepas dia secara tidak sengaja menikam jantungnya sendiri dalam satu persembahan untuk membuktikan kekebalannya.

Theprit Palee meninggal dunia selepas membuat aksi itu ketika persembahan tarian tradisional di hadapan sekumpulan penonton di sini kelmarin.

Antara aksi dalam tarian itu, Theprit yang mendakwa kebal akan menikam dadanya dengan sebilah pedang hingga mata senjata itu patah.

Satu rakaman video yang dirakam seorang penonton menunjukkan Theprit menikam dadanya tetapi pedang itu tidak patah sebaliknya menusuk badannya.

Theprit dilihat segera mencabut pedang berkenaan dan beredar untuk mendapatkan bantuan tetapi dia rebah dan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 6:13 AM