Anggota KPDNKK Kedah tong LPG yang dirampas dari stor penyimpanan tidak berlesen di Kuala Kedah hari ini. FOTO ihsan KPDNKK Kedah
Aizat Sharif
mohd.aizat@hmetro.com.my


Alor Setar: Sebanyak 194 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) pelbagai jenama dirampas selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah menyerbu stor penyimpanan serta penjualan gas LPG tidak berlesen di Kuala Kedah hari ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kedah, Shamsul Nizam Khalil berkata, dalam ‘Ops Gasak’™ pada 10 pagi itu, tujuh anggota KPDNKK Kedah menyerbu premis di belakang kawasan taman perumahan di Kampung Baru Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, hasil risikan oleh anggotanya di kawasan berkenaan mendapati stor itu digunakan secara haram untuk menyimpan serta menjual tong gas LPG.

“Seorang lelaki berusia 40an yang juga pemilik stor berkenaan ditahan. €œKita mendapati, semua tong gas berkenaan dimiliki tanpa kebenaran atau lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan media kepada pemberita hari ini.

Tambahnya lagi, daripada jumlah yang dirampas itu, 31 tong gas LPG itu didapati kosong dan selebihnya pula masih mempunyai gas serta siap sedia untuk dijual kepada orang ramai.

“€œSelain itu juga kita turut merampas sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut gas berkenaan dan nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM51,332.

“Kita sedang siasat syarikat yang membekalkan LPG berkenaan dan akan mengambil tindakan terhadap pembekal itu kerana membekalkan LPG kepada pihak yang tidak mempunyai kebenaran atau lesen mengikut Peraturan 9 (2) Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Pemilik stor ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan LPG dengan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusniaga barang kawalan berjadual gas LPG tanpa lesen yang sah.

Jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sepanjang bulan ini, KPDNKK Kedah berjaya menyelesaikan empat kes membabitkan penyimpanan serta penjualan gas LPG tidak berlesen menerusi ‘Ops Gasak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 6:53 PM