LOKASI kejadian. Gambar kecil, mangsa yang maut dalam kemalangan.
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Seorag penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 7.2 Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu Mohamad Nizam Othman, 41, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Jurucakap trafik berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah.

"Ketika itu tayar lori yang membawa muatan barang kitar semula pancit dan pemandunya terpaksa berhenti di tepi jalan.

"Namun, mangsa tidak sempat mengelak dan terus merempuh lori terbabit," katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil keterangan pemandu lori berkenaaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 2:30 PM