AP

London: Diego Costa tamat kemarau jaringan tujuh perlawanan menyumbat dua gol untuk kemenangan 4-2 skuad Antonio Conte.

Keputusan membolehkan Chelsea melebarkan jurang kelebihan tujuh mata selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) membenam Southampton di Stamford Bridge, hari ini.

Conte, pengurus berbangsa Itali berkata:"Apabila mengekalkan rekod bersih, ia satu pencapaian buat pasukan anda," katanya.

"Saya rasa situasi ini membuatkan kami meningkatkan prestasi pasukan. Kami perlu bekerja keras dan perbaiki kesilapan."

Conte lega skuadnya bangkit daripada kekalahan kepada Manchester United sebelum ini dan akan berdepan Everton di Goodison Park pada 30 April dengan berbaki lima perlawanan EPL dan final Piala FA menentang Arsenal pada 27 Mei.

"Jawapan kami sangat bagus dan saya terharu dengan keputusan ini."

Gol Chelsea dijaringkan oleh Hazard m-5, Cahill (45'+1), Diego Costa di m-53 dan 89 sementara gol Southampton menerusi Oriol Romeu m-24 dan Ryan Bertrand m-90.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 3:18 PM