BAYI lelaki yang ditinggalkan di hadapan rumah. FOTO ihsan Polis
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Bayi lelaki berusia seminggu ditinggalkan di hadapan rumah wanita warga emas di Mengkuang Semarak, Kubang Semang, 8.10 pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, bayi lelaki yang sihat dan dibalut dengan kain batik itu diletakkan di hadapan pintu rumah wanita berusia 78 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bayi lelaki berkenaan dianggarkan berusia seminggu berdasarkan tali pusatnya yang sudah kering.

"Bayi berkenaan ditinggalkan suspek tanpa sebarang dokumen.

"Dia (bayi) kemudian dibawa ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, suspek kini diburu polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 10:18 AM