REHATKAN Hazard, Costa pada separuh masa pertama buah hasil selepas Willian ledak dua gol.
AFP

London: Eden Hazard memuji sentuhan taktikal hebat Antonio Conte apabila bintang Chelsea itu diturunkan dari bangku simpanan untuk melakar kemenangan 4-2 ke atas Tottenham pada aksi separuh akhir Piala FA.

Hazard dan Diego Costa diletakkan di bangku simpanan pada awal permainan di Wembley ketika pengurus Blues itu memberi keutamaan kepada aksi penting menentang Southampton awal pagi Rabu ini.

Namun percaturan itu berbaloi apabila pengganti Hazard, Willian menjaringkan dua gol sebelum perancang serangan dari Belgium itu dimasukkan pada separuh masa kedua.

Hazard membalas kepercayaan jurulatihnya dengan jaringan hebat untuk meletakkan Chelsea di depan sebelum percubaan jarak jauh Nemanja Matic membawa Chelsea ke final Piala FA buat kali pertama sejak mereka menjulang gelaran itu pada 2012.

“Apabila anda bermain bola sepak, anda mahu bermain dalam setiap perlawanan tapi pengurus membuat pilihan yang bijak. Beliau menurunkan Willian dan dia menjaringkan dua gol,” kata Hazard.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 6:53 AM