Status yang viral sejak semalam. FOTO ihsan pembaca
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Sandakan: Polis menafikan berlakunya kejadian culik membabitkan seorang wanita di Taman Megah, Batu 7, di sini, yang tular di Facebook (FB) sejak semalam.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, wanita berusia lingkungan 20 tahun itu mengikut rakan lelakinya kerana menghadapi masalah dengan suami.

"Polis sudah menyoal siasat semua yang terbabit termasuk mangsa. Wanita itu mengaku menghadapi masalah rumah tangga.

"Oleh itu, penyebaran maklumat yang tular itu adalah tidak benar sama sekali," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak semalam, sekurang-kurangnya dua status dimuatnaik dan dikongsi pengguna FB mendakwa berlakunya kejadian tiga lelaki menculik seorang wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 8:08 PM