BAYI lelaki dilahirkan seberat 3.12 kilogram. FOTO Instagram Yusry Abdul Halim
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon Lisa Surihani, 31, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai, di sini, hari ini.

Bayi lelaki seberat 3.12 kilogram itu dilahirkan pada 7.10 pagi.

Bayi itu juga anak kedua Lisa hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Yusry Abdul Halim; 44, yang juga pengarah, pelakon dan penyanyi popular.

Yusry menerusi Instagramnya hari ini mengumumkan berita gembira itu.

Kelahiran itu menerima ucapan tahniah daripada ramai netizen yang terdiri daripada peminat pasangan selebriti itu.

Selain itu, beberapa artis tempatan dilihat berkongsi rasa gembira di ruangan komen antaranya Norman Hakim, Aeril Zafrel dan ramai lagi.

Anak sulung pasangan popular ini, Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 12:10 PM